Nota



PENGERTIAN SOLAT
Solat ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam

HUKUM SOLAT
Wajib ke atas orang Islam yang mukalaf

NAMA SOLAT DAN BILANGAN RAKAAT
1.  Subuh                     -  2 rakaat
2.  Zuhur                     - 4 rakaat
3.  Asar                        - 4 rakaat
4.  Maghrib                 - 3 rakaat
5.  Isyak                       - 4 rakaat








WAKTU-WAKTU SOLAT
1.  Solat subuh
Terbit fajar sadiq hingga terbit matahari
2.  Solat zuhur
Gelincir matahari hingga bayang-bayang sesuatu benda menjadi sama panjang
3.  Solat asar.
Bermula dari masa bayang-bayang sesuatu benda bertambah panjang sehingga terbenam matahari.

4.  Solat Maghrib.
Bermula dari terbenam matahari sehingga hilang syafaq merah iaitu cahaya merah di langit.
5.  Isyak
Bermula dari hilangnya syafaq merah sehingga terbit fajar sadiq.

Dalil solat.
Dalil Al-Quran

ِإنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى المْوُءْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya:
Sesungguhnya solat adalah fardu yang ditentukan waktunya ke atas orang yang beriman.
                                                           ( surah An-nisa 103)
FAEDAH BERSOLAT
1.  Mendapat pahala yang banyak.
2.  Membentuk akhlak yang mulia.
3.  Mendapat keredoan dari Allah.
4.   Meneguhkan keimanan kepada Allah.
5.  Terpelihara daripada dosa.

Azab orang yang  meninggalkan solat.
1.  Di sempitkan rezeki.
2.  Di benci Allah dan Rasul
3.  Hilang keberkatan  hidup di dunia.
4.  Hati tidak tenang dan gelisah
5.  Hilang cahaya keimanan di muka.



Cara Sembahyang Dengan Betul

No comments:

Post a Comment